Jumaat, 13 November 2009

MAKLUMAT DAN TAFSIRAN LOGO JSBN


PENERANGAN BENTUK LOGO


Logo JSBN berbentuk empat segi bujur secara melintang dengan ukuran nisbah 1:2 antara saiz kanan/kiri dengan saiz sisi atas/bawah. Logo ini mengandungi tulisan ‘JSBN’ dengan logo serta tulisan JKKN di sebelah kiri.


TAFSIRAN BENTUK LOGO

Huruf ‘J’ bermaksud ‘Jurulatih’. Titik bagi huruf ‘J’ juga menggambarkan matlamat dan tujuan yang jitu yang ingin dicapai oleh kumpulan Jurulatih Seni Budaya Negara yang sentiasa diletakkan di hadapan mereka. Huruf ‘S’ membawa maksud ‘Seni’. Huruf ‘B’ bermaksud ‘Budaya’ dan huruf ‘N’ bermaksud ‘Negara’. Bunga kekwa dan huruf JKKN di hadapan logo menggambarkan JKKN.


TAFSIRAN WARNA LOGO

Warna Merah : Melambangkan keberanian setiap Jurulatih Seni Budaya Negara dalam memperjuang dan mempertahankan seni budaya tradisional Malaysia.

Warna Biru : Menggambarkan perpaduan dan kecemerlangan Jurulatih Seni Budaya Negara yang sekaligus menggambarkan perpaduan rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

 

...:::BLOG RASMI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA:::.. Hakcipta Terpelihara © 2011 JKKN