Khamis, 14 Julai 2011
Program Merakyatkan Seni Budaya
Sejak tertubuhnya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan(KEKKWA), Program Merakyatkan Seni Budaya telah dijadikan sebagai sebahagian dari kerangka asas untuk memainkan peranan menyumbangkan kepada kelangsungan masyarakat yang harmoni di Negara ini.
Program ini merupakan satu manifestasi dari gagasan Kerajaan dalam meningkatkan kecintaan dan penghayatan masyarakat kepada warisan seni budaya bangsa. Penglibatan ini disatukan dalam satu pertemuan yang dapat mengangkat falsafah dan nilai murni kehidupan.
Usaha menyemarakkan seni budaya tidak harus tertumpu di kawasan Bandar, lantaran kawasan desa dan kampong-kampung serta tanah rancangan dan penempatan baru di luar Bandar amat memerlukan ziarah seni dan budaya.
Program Merakyatkan Seni dan Budaya direncanakan sebagai sebahagian dari wadah perpaduan bangsa pelbagai kaum. Malah aktiviti sebegini sangat berkepentingan dalam merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan rakyat dari segenap lapisan dan keturunan.
Semoga dengan penganjuran program sebegini akan memberi makna besar terhadap minat dan iltizam rakyat menjiwai seni budaya tradisi. Penghayatan masyarakat terhadap seni warisan zaman berzaman akan menjadi mercu tanda kepada usaha mempertahankan amalan generasi terdahulu. Lantaran, kerjasama semua pihak di peringkat pusat, negeri, daerah dan mukim serta angensi awam, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan perlu dipertingkatkan demi kesinambungan seni budaya dan warisan bangsa.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan