Rabu, 24 Ogos 2011

EVOLUSI MUZIK SIHAT "Revolusi Cipta Kreatif"

Muzik dan nyanyian memainkan peranan yang penting dalam memberi galakan, motivasi dan menyampaikan mesej yang sesuai kepada masyarakat umum. Sesebuah lagu dapat mencipta atau melahirkan emosi, rasa dan situasi minda seseorang. Seni kata lagu, melodi di dalam sesebuah lagu boleh mengajar dan mendidik seseorang insan dan masyarakat ke arah hidup sihat, mengamalkan amalan – amalan yang baik dalam kehidupan seterusnya melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan mempunyai daya saing kehidupan yang berkualiti.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) akan menganjurkan Evolusi Muzik Sihat "Revolusi Cipta Kreatif" yang dijadualkan akan berlangsung pada 29 Oktober 2011 di Pentas Terbuka Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Muat turun borang dan syarat pertandingan

Tiada ulasan:

 

...:::BLOG RASMI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA:::.. Hakcipta Terpelihara © 2011 JKKN