Isnin, 25 April 2011
Arts In The Park (Seni Dalam Taman)
Program “Arts In The Park” merupakan kesinambungan daripada perlaksanaan program... Pusat Seni Setempat (PSS) atau Cultural Hotspots ke arah menjadikan Taman Tasik Perdana sebagai lokasi henti rehat riadah yang santai dan menghiburkan dengan konsep pengisian senibudaya di dalam taman.
Idea untuk mewujudkan “Arts In The Park” ini dicetuskan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Beliau sememangnya suka beriadah, telah mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta lain-lain Kementerian terlibat seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dapat mengadakan beberapa bentuk pengisian bagi tujuan menceriakan Taman Tasik Perdana serta menjadikannya sebagai pusat henti rehat riadah untuk para pengunjung terutamanya khalayak berkeluarga.
Antara objektif penganjuran adalah untuk memberi peluang para pengunjung terutama generasi muda memperolehi dan mengalami senibudaya tempatan. Menyemarakkan rasa cintakan senibudaya di kalangan masyarakat berbilang kaum dan menghargai keindahan alam semulajadi.
Pelbagai pengisian menarik diadakan seperti persembahan kesenian pelbagai kaum/ setempat, persembahan jalanan / Street busking, program Senam Seni Malaysia @ Jom Berjoget dan kuiz Interaktif Seni Budaya.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan