Rabu, 20 April 2011
Boria
Permainan Boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Hussein r.a putra kepada Saidina Ali (cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W) oleh tentera – tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa tersebut diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan. Dalam upacara tersebut diadakan berbagai persembahan seperti lakonan, dan sebagainya mengganbarkan peristiwa berdarah termasuk syair yang digubah dalam nyanyian beramai – ramai. Acara tahunan tersebut sedikit demi sedikit telah berlaku perubahan. Kini Boria banyak mempersembahkan lagu – lagu yang kebanyakannya dipengaruhi dengan irama twist, agogo, Hindustan, pop, dan sebagainya.
Dari segi sketsa dan lakonan, dialog yang disampaikan penuh dengan sindiran dan kadang – kadang penonton yang hadir turut berinteraksi dengan para pelakon. Unsur – unsur jenaka dianggap sebagai faktor penting bagi setiap persembahan boria. Alat –alat muzik yang sering digunakan dalam Boria adalah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, ekordian, harmonica dan gitar. Tukang karang akan memulakan rangkap pertama nyanyian secara solo sambil menari serta menggoyangkan tongkat yang dipegangnya. Kemudian akan diikuti denagn kumpulan penari (Sailor) menyahut nyanyian secara beramai – ramai. Antara prop yang sering digunakan adalah pelita, bendera, keris, payung, bunga manggar, tongkat dan sebagainya.
Jangan lupa menghadiri Festival Boria 1Malaysia pada 27 April - 1 Mei 2011 di Kampung Seronok, Pulau Pinang untuk meyaksikan kehangatan Boria. YEVAH! RANCAK! YARIBBA!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan